keupayaan itu boleh dipertingkatkan dengan beberapa kaedah yg boleh membantu proses mengingat kembali. Antaranya ,
1.selalu guna (Of course akan ingat!)
Tak semestinya kena cakap BJ terus.Boleh jadikan bahasa rojak. Contohnya, saya dan kawan-kawan saya dulu, memang tak gunakan perkataan `kamus` sebab dah biasa sebut `jisho` [jisho=kamus].
Jadi, kalau nak pinjam kamus, saya akan kata "Pinjam jap jisho kau". Rojaklah tu kan?!
2.guna kaedah sticker/label (lekatkan pada benda-benda kepunyaan anda)
Tak perlu tulis BM pada sticker tu. Memadai BJ sahaja.
3.permudahkan/ringkaskan yg perlu diingat.
ayah = oto-sang
emak = oka-sang
kakak = one-sang
abang = oni-sang
Itu adalah perkataan BJ yang biasa kita akan lihat.Oleh kerana semuanya bermula dgn `o` dan berakhir dgn `sang` ,maka sebenarnya yg perlu diingat ialah
ayah = to-
emak = ka-
kakak = ne-
abang = ni-
4.kaitkan dengan perkara lain (kaedah yg banyak saya guna.)
Lihat perkataan-perkataan berikut,
menulis = kakimas
minum = nomimas
Semua kata kerja dalam BJ memang berakhir dengan `mas`, jadi yang ini pun kalau diringkaskan, saya cuma perlu fokus pada
menulis = kaki
minum = nomi
Jadi, saya akan fikirkan apa kaitan menulis dengan kaki ? Kita menulis dgn tangan bukan kaki.
Apa pula kaitan minum dengan nomi ? Walaupun ejaannya minum tapi kita sebut minom (Bahasa pasar). Pada saya sukukata `nom` itu sudah memadai utk mengingatkan saya kepada perkataan nomimas.
|